Thursday, 7 August 2014

Pengalaman: Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17

Hello..
Terasa diri rajin nak menulis pasal tajuk kat atas..
Mesti ramai yang tengah cari info pasal temuduga ni..
Okey..

Semalam, saya pergi temuduga ni..
6 ogos 2014..
Pembantu penguatkuasa kastam w17..
Lokasinya kat jabatan kastam diraja sibu, sarawak..

Saya sampai je kat sana, baru ada 4 orang yang register..
Jadi, macam biasa la kena buat pendaftaran dulu..
Lepas tu kena tunggu untuk dipanggil masuk ke bilik temuduga tu..

Masa menunggu tu, ingatkan ramai lagi yang nak datang..
Tapi, yang datang tu cuma kami berlima je..
Masa tu, saya orang kelima..
Hoho..

Bila dah sampai giliran, macam biasa la kan..
Ketuk pintu pastu masuk..bagi salam ke apa kan..
Kemudian dorang mintak fail..
Dalam bilik tu semalam, ada tiga orang panel..
Dua lelaki lepas tu sorang perempuan..

Antara benda yang ditanya..
1. First, mika suruh kita sebut no ic, alamat, no telefon. Lepas tu sekarang kerja apa..
2. Kemudian, kalau ada ijazah, mika akan tanya pasal course yang kita ambil kat u..
3. Mika akan tanya pasal penglibatan kokurikulum di sekolah, universiti..
4. Kenapa kamu minta jawatan ini?
5. Apa kelebihan kamu?
6. Kalau dihantar ke pedalaman, sanggup ka x?
7. Pasal kastam pula, kalau tempat kamu tiada jbtn kastam, perlu ka x diwujudkan? Kalau perlu, kenapa?

Tu yang saya ingat la..
Kebanyakan pasal diri calon juga yang mereka tanya..
Dorang juga akan suruh kita introduce pasal family dalam bahasa inggeris..
Dorang akan tanya juga kalau kita ada soalan masa nak habis..
Rasanya tu je kot untuk kali ini..

Good luck!

Monday, 28 April 2014

Resepi nenek: Kaya

Sekarang, saya nak cerita pasal resepi nenek pulak..
Tahu tak tajuk tu pasal apa?
Selalunya kita makan kaya atau seri kaya yang dalam tin tu kan?
Alaaa.. yang kita sapu kat roti tu..tau kan?
Sebenarnya, boleh je buat sendiri kaya tu..
Lagi best sebab semua bahan senang nak dapat..

Okey2..
Saya pun tak nak cerita banyak..
Resepinya macam ni...

RESEPI NENEK: KAYA

Bahan - Bahan:
Santan pekat (3 biji kelapa)
Daun pandan yang dikisar (5-10 helai)
Gula (secukup rasa)
Telur (3-4 biji)

Cara - Cara:

1. Masukkan daun pandan yang telah dikisar ke dalam santan dan kacau atau perah daun pandan untuk mengeluarkan warna hijau dan santan telah berukar warna hijau.

2. Apabila santan telah berubah warna, asingkan santan dengan sisa daun pandan dengan penapis. Kemudian masukkan santan yang telah ditapis ke dalam periuk.

3. Masak santan tersebut dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak melimpah keluar dari periuk.

4. Apabila santan dah nak pecah minyak, masukkan gula secukup rasa. Yang ni agak agak saja. Jangan terlalu manis sudah.

5. Lepas tu, masukkan telur yang dah dipukul satu persatu. Kacau selalu dan pastikan
telur masak dengan sempurna. Biarkan untuk seketika kemudian tutup api.

6. Bila dah masak, boleh la dimakan dengan apa sahaja. Tapi paling best dimakan dengan nasi pulut.


Maaf la x dapat nak upload gambar. Internet tak berapa nak laju..
Rasanya itu saja resepi kali ini..
Nanti dah rajin baru upload pic nya..
Selamat mencuba!

Sunday, 6 April 2014

Keputusan temuduga pegawai imigresen kp17

Ehem..
Sebenarnya saya keliru juga dengan tarikh keputusan tu..
Ada yang cakap 7 april 20144 keluar..
Tapi, selalunya kalau temuduga SPA, keputusan keluar dalam tempoh sebulan..
Mungkin jabatan imigresen nak pakai cepat kot..
Okey juga kalau result keluar cepat macam ni..
Lagi saya suka..hoho..
Kadang - kadang terfikir juga..
Kot2 orang yang diberitahu tarikh keluar keputusan tu adalah antara calon yang berjaya.. satu kemungkinan juga kan..

Dan..keputusannya..

DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA DALAM URUSAN INI..

Bukan rezeki lagi kot..
Tak apa la..

Monday, 24 March 2014

Pengalaman temuduga pegawai imigresen kp17

Tajuk yang sama..tapi isi berbeza..
Ini pengalaman saya..
Hehe..
Hari ini saya pergi ujian dan temuduga pegawai imigresen kp17..
Sampai je pusat temuduga, memang ramai orang..
Dalam 30 orang..memang sempit la ruangan menunggu tu..
Lepas tu, pukul 8 lebih pemeriksa pun sampai..
Ada 3 orang untuk pemeriksaan fizikal..
Lepas tu dua orang untuk temuduga..
Sebelum mula, pegawai pemeriksa akan beri taklimat sedikit..
Lepas tu dia akan bagi borang dan kita kena tandatangan sebelum dipanggil untuk pemeriksaan..
Tadi, saya nombor 17.. ramai kan?
Dalam 16 orang sebelum saya, 6 orang je yang lepas..
Perempuan 2 orang, pastu lelaki 4 orang..
Bila sampai giliran saya..
Pertama, kena timbang berat..
Lepas tu tinggi pulak..
Nasib baik BMI lepas..
Lepas tu, buat ujian mata..
Dorang akan tunjuk huruf tu secara rawak sebab takut ada yang hafal..
Lepas ujian warna..macam ujian ambil lesen tu..
Bila dah lepas ujian penglihatan, baru kena cek tubuh badan dan berkawad..
Kalau perempuan, kena buka baju..tapi depan pemeriksa perempuan jugak la..
Nasib baik la lepas semua..bila dah selesai, kena tukar baju dan ambil nombor giliran untuk temuduga lisan..
Untuk temuduga lisan, saya nombor 7..
Bila dah kena panggil, macam biasa la kan..
Ketuk dan ucap selamat pagi ke tengah hari  dan sebagainya..
Lepas tu, soalan - soalan nya..
1. Explain yourself.. kena jawab dalam bahasa inggeris..
2. Apa slogan jabatan imigresen malaysia?
3. Apa itu integriti?
4. Apa fungsi jabatan imigresen?
5. Apa kesalahan yang dilakukan oleh PATI?
6. PATI yang ditangkap akan ditempatkan di mana?
7. Sanggup ka kamu bertugas di depo/ depot?
8. Kenapa kamu memilih jawatan ini?
9. Kalau kamu diberi peluang untuk jawatan gred 41 dan gred 17, yang mana satu pilihan kamu?
10. Jabatan imigresen dia bawah kementerian apa dan siapakah menterinya?
11. Siapa ketua pengarah imigresen malaysia?
12. Ceritakan tentang bandar mukah..
13. Berapa kali sudah kamu temuduga SPA?
Lebih kurang macam tu la soalan temuduga lisan..

Saturday, 15 March 2014

Pegawai Imigresen KP17

Hello..
Nampak tak tajuk tu?
Macam teruja je dapat panggilan ujian fizikal tu..
Hehe..

Ini la first time dapat panggilan untuk jawatan ni..
Tak sangka pulak melepasi syarat..
Selalunya, tidak melepasi syarat je bila semak permohonan tu..
Aigoooo..

Sekarang, tinggal 1 minggu lagi untuk buat persediaan..
Tapi..macam tak nak pergi pun ada..
Huaaaagghhh..

Ada masalah dengan BMI dan penglihatan la pulak..
Sedih pun ada ni..
So, saya tanya pakcik google cara nak atasi masalah ni..
Antara solution nya...
1. Untuk BMI, kalau yang di bawah 19, makan la pisang banyak2 untuk menaikkan berat dalam masa yang singkat.. keberkesanannya tu, x pasti la pulak.. untuk BMI yang lebih dari 26, kena la selalu bersenam dan jaga pemakanan..hehe..
2. Untuk masalah penglihatan, kalau nak pakai kanta lekap, memang x boleh la..sebab nanti pihak pemeriksa akan check juga.. jadi, kalau boleh, hafal je huruf kat carta untuk check penglihatan tu.. atau nama saintifiknya.. cehhhh... CARTA SNELLEN.. tanya je kat pakcik google..

Rasanya tu je kot solution yang saya dapat..
Tapi yang penting, kena juga kaji pasal imigresen ni..

So, siapa yang dapat pemeriksaan fizikal ni, pergi je walaupun ada masalah..
Untuk pengalaman kan..

Good luck ya..

P/s: saya dapat ujian pemeriksaan kat sibu, sarawak..jumpa di sana ya.. :)

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon