Sekarang, saya nak cerita pasal resepi nenek pulak..
Tahu tak tajuk tu pasal apa?
Selalunya kita makan kaya atau seri kaya yang dalam tin tu kan?
Alaaa.. yang kita sapu kat roti tu..tau kan?
Tahu tak tajuk tu pasal apa?
Selalunya kita makan kaya atau seri kaya yang dalam tin tu kan?
Alaaa.. yang kita sapu kat roti tu..tau kan?
Sebenarnya, boleh je buat sendiri kaya tu..
Lagi best sebab semua bahan senang nak dapat..
Lagi best sebab semua bahan senang nak dapat..
Okey2..
Saya pun tak nak cerita banyak..
Resepinya macam ni...
RESEPI NENEK: KAYA
Bahan - Bahan:
Santan pekat (3 biji kelapa)
Daun pandan yang dikisar (5-10 helai)
Gula (secukup rasa)
Telur (3-4 biji)
Cara - Cara:
1. Masukkan daun pandan yang telah dikisar ke dalam santan dan kacau atau perah daun pandan untuk mengeluarkan warna hijau dan santan telah berukar warna hijau.
2. Apabila santan telah berubah warna, asingkan santan dengan sisa daun pandan dengan penapis. Kemudian masukkan santan yang telah ditapis ke dalam periuk.
3. Masak santan tersebut dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak melimpah keluar dari periuk.
4. Apabila santan dah nak pecah minyak, masukkan gula secukup rasa. Yang ni agak agak saja. Jangan terlalu manis sudah.
5. Lepas tu, masukkan telur yang dah dipukul satu persatu. Kacau selalu dan pastikan
telur masak dengan sempurna. Biarkan untuk seketika kemudian tutup api.
6. Bila dah masak, boleh la dimakan dengan apa sahaja. Tapi paling best dimakan dengan nasi pulut.

Maaf la x dapat nak upload gambar. Internet tak berapa nak laju..
Rasanya itu saja resepi kali ini..
Nanti dah rajin baru upload pic nya..
Selamat mencuba!