Monday, 24 March 2014

Pengalaman temuduga pegawai imigresen kp17

Tajuk yang sama..tapi isi berbeza..
Ini pengalaman saya..
Hehe..
Hari ini saya pergi ujian dan temuduga pegawai imigresen kp17..
Sampai je pusat temuduga, memang ramai orang..
Dalam 30 orang..memang sempit la ruangan menunggu tu..
Lepas tu, pukul 8 lebih pemeriksa pun sampai..
Ada 3 orang untuk pemeriksaan fizikal..
Lepas tu dua orang untuk temuduga..
Sebelum mula, pegawai pemeriksa akan beri taklimat sedikit..
Lepas tu dia akan bagi borang dan kita kena tandatangan sebelum dipanggil untuk pemeriksaan..
Tadi, saya nombor 17.. ramai kan?
Dalam 16 orang sebelum saya, 6 orang je yang lepas..
Perempuan 2 orang, pastu lelaki 4 orang..
Bila sampai giliran saya..
Pertama, kena timbang berat..
Lepas tu tinggi pulak..
Nasib baik BMI lepas..
Lepas tu, buat ujian mata..
Dorang akan tunjuk huruf tu secara rawak sebab takut ada yang hafal..
Lepas ujian warna..macam ujian ambil lesen tu..
Bila dah lepas ujian penglihatan, baru kena cek tubuh badan dan berkawad..
Kalau perempuan, kena buka baju..tapi depan pemeriksa perempuan jugak la..
Nasib baik la lepas semua..bila dah selesai, kena tukar baju dan ambil nombor giliran untuk temuduga lisan..
Untuk temuduga lisan, saya nombor 7..
Bila dah kena panggil, macam biasa la kan..
Ketuk dan ucap selamat pagi ke tengah hari  dan sebagainya..
Lepas tu, soalan - soalan nya..
1. Explain yourself.. kena jawab dalam bahasa inggeris..
2. Apa slogan jabatan imigresen malaysia?
3. Apa itu integriti?
4. Apa fungsi jabatan imigresen?
5. Apa kesalahan yang dilakukan oleh PATI?
6. PATI yang ditangkap akan ditempatkan di mana?
7. Sanggup ka kamu bertugas di depo/ depot?
8. Kenapa kamu memilih jawatan ini?
9. Kalau kamu diberi peluang untuk jawatan gred 41 dan gred 17, yang mana satu pilihan kamu?
10. Jabatan imigresen dia bawah kementerian apa dan siapakah menterinya?
11. Siapa ketua pengarah imigresen malaysia?
12. Ceritakan tentang bandar mukah..
13. Berapa kali sudah kamu temuduga SPA?
Lebih kurang macam tu la soalan temuduga lisan..

Saturday, 15 March 2014

Pegawai Imigresen KP17

Hello..
Nampak tak tajuk tu?
Macam teruja je dapat panggilan ujian fizikal tu..
Hehe..

Ini la first time dapat panggilan untuk jawatan ni..
Tak sangka pulak melepasi syarat..
Selalunya, tidak melepasi syarat je bila semak permohonan tu..
Aigoooo..

Sekarang, tinggal 1 minggu lagi untuk buat persediaan..
Tapi..macam tak nak pergi pun ada..
Huaaaagghhh..

Ada masalah dengan BMI dan penglihatan la pulak..
Sedih pun ada ni..
So, saya tanya pakcik google cara nak atasi masalah ni..
Antara solution nya...
1. Untuk BMI, kalau yang di bawah 19, makan la pisang banyak2 untuk menaikkan berat dalam masa yang singkat.. keberkesanannya tu, x pasti la pulak.. untuk BMI yang lebih dari 26, kena la selalu bersenam dan jaga pemakanan..hehe..
2. Untuk masalah penglihatan, kalau nak pakai kanta lekap, memang x boleh la..sebab nanti pihak pemeriksa akan check juga.. jadi, kalau boleh, hafal je huruf kat carta untuk check penglihatan tu.. atau nama saintifiknya.. cehhhh... CARTA SNELLEN.. tanya je kat pakcik google..

Rasanya tu je kot solution yang saya dapat..
Tapi yang penting, kena juga kaji pasal imigresen ni..

So, siapa yang dapat pemeriksaan fizikal ni, pergi je walaupun ada masalah..
Untuk pengalaman kan..

Good luck ya..

P/s: saya dapat ujian pemeriksaan kat sibu, sarawak..jumpa di sana ya.. :)

Wednesday, 12 March 2014

TEMUDUGA PEMBANTU PENDAFTARAN KP17

Hello..
Bersambung lagi siri temuduga ni..
Kali ini untuk jawatan PEMBANTU PENDAFTARAN KP17
Hoho..

Hari ini, saya pergi temuduga..
Sampai je pusat temuduga, macam biasa la..
Kena daftar dan ambil nombor giliran..
Lepas tu, pendaftar tu akan cek sijil..

Bila dah sampai nombor giliran, kena la ketuk pintu dulu..
Lepas tu ucap selamat pagi ke salam ke..
Ingat, jangan duduk selagi penemuduga tu tak suruh duduk..

Hari ni penemuduga tu dua-dua dari jabatan pendaftaran negara..
Bila dah duduk, bermula la sesi tu..
Nervous tu jangan cakap la..
Soalan - soalan nya,

1. Sila perkenalkan diri anda..
     - kalau dia tanya dalam bm, jawab la dalam bm..
     - kalau dalam english, kena la jawab bahasa inggeris..
     -macam tadi, saya kena jawab dalam bm la..hehe

2. Siapa yang boleh mendaftar perkahwinan?
    - tadi penemuduga tu tanya untuk perkahwinan bukan muslim..

3. Untuk permohonan warganegara,siapa yang layak memohon?

4. Apa yang perlu ada pada pekerja kaunter?

5. Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan di jpn?

6. Apa cadangan anda untuk mengurangkan cabaran dalam pekerjaan sekarang?

7. Boleh ceritakan sejarah pekerjaan anda?

Haaa...
Lebih kurang macam tu la soalan dia tadi..
Nasib baik tak ada tanya pasal menteri..
Lepas habis je, kena la ucap terima kasih..
Tapi tadi, saya terlupa nak ucap terima kasih..
Huaaaaa.. T_T
Pasrah je la..

Kalau dapat jawatan ni, mungkin dah rezeki,,
Kalau x dapat, kena cuba lagi dan bukan rezeki la kot..

Itu je pengalaman untuk temuduga jawatan ini..
2 minggu lagi ada ujian fizikal untuk PEGAWAI IMIGRESEN KP17 pula..
Yang tu, kita update kemudian..
Peace....

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon