Hello..
Bersambung lagi siri temuduga ni..
Kali ini untuk jawatan PEMBANTU PENDAFTARAN KP17
Hoho..
Hari ini, saya pergi temuduga..
Sampai je pusat temuduga, macam biasa la..
Kena daftar dan ambil nombor giliran..
Lepas tu, pendaftar tu akan cek sijil..
Bila dah sampai nombor giliran, kena la ketuk pintu dulu..
Lepas tu ucap selamat pagi ke salam ke..
Ingat, jangan duduk selagi penemuduga tu tak suruh duduk..
Hari ni penemuduga tu dua-dua dari jabatan pendaftaran negara..
Bila dah duduk, bermula la sesi tu..
Nervous tu jangan cakap la..
Soalan - soalan nya,
1. Sila perkenalkan diri anda..
- kalau dia tanya dalam bm, jawab la dalam bm..
- kalau dalam english, kena la jawab bahasa inggeris..
-macam tadi, saya kena jawab dalam bm la..hehe
2. Siapa yang boleh mendaftar perkahwinan?
- tadi penemuduga tu tanya untuk perkahwinan bukan muslim..
3. Untuk permohonan warganegara,siapa yang layak memohon?
4. Apa yang perlu ada pada pekerja kaunter?
5. Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan di jpn?
6. Apa cadangan anda untuk mengurangkan cabaran dalam pekerjaan sekarang?
7. Boleh ceritakan sejarah pekerjaan anda?
Haaa...
Lebih kurang macam tu la soalan dia tadi..
Nasib baik tak ada tanya pasal menteri..
Lepas habis je, kena la ucap terima kasih..
Tapi tadi, saya terlupa nak ucap terima kasih..
Huaaaaa.. T_T
Pasrah je la..
Kalau dapat jawatan ni, mungkin dah rezeki,,
Kalau x dapat, kena cuba lagi dan bukan rezeki la kot..
Itu je pengalaman untuk temuduga jawatan ini..
2 minggu lagi ada ujian fizikal untuk PEGAWAI IMIGRESEN KP17 pula..
Yang tu, kita update kemudian..
Peace....
Hi.. mcm mn dgn result? Dpt x post pmbntu pndftran ni? Sa mula2 dpt smpnan msa kluar result 15 april yg llu..kmu pula?
ReplyDeleteHi..tahniah ya dpt simpanan lantikan..saya tidak berjaya pun dalam temuduga ni..bukan rezeki saya mungkin., :)
DeleteCalon simpanan da dikira brjya.. cuma tnggu kkosongan jabatan shj.. skg calon simpanan sah shingga pelantikn tetap..
ReplyDeleteYa..calon simpanan mmg dh dianggap berjaya..
DeleteCik jessy, cuba lg lain kali.. smoga brjya.. sa pn temuduga yg ke 3 bru brjya..
ReplyDeleteTQ ya..:)
Delete